Tembak Pas Kelantan guna peluru 'kapur' -Mohd. Amar

Tembak Pas Kelantan guna peluru ‘kapur’ -Mohd. Amar

MOHD. Amar Nik Abdullah
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Pas Kelantan menyifatkan serangan dilemparkan ke atas kepimpinan Kerajaan Negeri tidak ubah seperti melepaskan tembakan peluru ‘kapur’ yang hanya mengeluarkan bunyi bising namun kesannya tiada.

Timbalan Pesuruhjaya Pas negeri Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah berkata, pihaknya mengambil  pendekatan tunggu dan lihat sebelum melancarkan serangan balas apabila tiba masanya.

“Biasalah kita nak perang. Dia serang kita dan selepas ini giliran kita pula. Pas Kelantan belum keluar lagi peluru kita. 

“Bukan tiada serangan balas tetapi masanya belum sampai. Dewan Undangan Negeri (DUN) belum bubar. Wisel belum ditiup macam mana nak berlari, tunggu pengadil sudah tiup wisel nanti masa itu keluarlah buah-buah kita,” katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas Majlis Graduasi Pelajar Tahfiz Yayasan Islam Kelantan kali ke-13, di sini hari ini.

Timbalan Menteri Besar itu memberitahu, 90 peratus isu dibangkitkan dikitar semula dan lebih kepada mahu memburuk-burukkan Pas berbanding mendapatkan jawapan atau penjelasan.

Katanya, pihak lawan sebenarnya telah kekeringan isu baharu untuk digunakan bagi menyerang Pas dan terpaksa mengutip kembali isu-isu lama yang kebanyakannya telah dijawab dengan penjelasan serta fakta.

“Musuh bukan mahukan jawapan sebaliknya hanya ingin mencari perkara negatif sehingga terpaksa kutip isu lama. Kita jawab dengan fakta apa sekali pun mereka tidak akan dengar. Sebab itu kadangkala kita tidak pedulikan serangan-serangan ini.

“Di satu sudut lain, mereka perlu serang Pas di Kelantan untuk menimbulkan rasa ragu-ragu dan menghalang pengundi-pengundi di luar negeri ini daripada menyokong Perikatan Nasional (PN) kerana mereka melhat gelombang kebangkitan di luar negeri ini sedang bergerak sekarang ini,” ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Panchor Presiden Muafakat Nasional (MN) Tan Sri Annuar Musa serta rakan-rakannya termasuk pelakon dan pengarah, Datuk Seri Eizlan Yusuf sebagai ahli Pas akan memberi impak yang baik kepada PN.

“Penyertaan mereka jelas memberi impak dan kita percaya selepas ini akan lebih ramai ahli-ahli UMNO yang akan mengisi borang keahlian Pas dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu). Lagipun pengisytiharan tokoh-tokoh ini belum selesai sebenarnya.

“Sebenarnya ada ramai lagi tokoh-tokoh yang menyertai Pas di setiap negeri. Kita akan isytihar secara berperingkat mengikut masa yang sesuai dan masih banyak lagi kejutan-kejutan yang bakal dibuat selepas ini,” katanya.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya