Tambak Johor, LinKedua 'jantung' ekonomi Johor - Utusan Malaysia

Tambak Johor, LinKedua ‘jantung’ ekonomi Johor

ONN HAFIZ GHAZI menjawab soalan dalam Sidang DUN Johor di Kota Iskandar, Iskandar Puteri.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISKANDAR PUTERI: Kerajaan negeri tidak hangat-hangat tahi ayam dalam menyelesaikan isu kesesakan di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Bangunan Sultan Iskandar (BSI) dan Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB).

Sebaliknya, Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi  bertekad menangani masalah tersebut kerana kedua-dua CIQ itu merupakan ‘jantung’ bagi pembangunan ekonomi negeri dan kelancaran trafik di premis berkenaan akan membuka kemasukan lebih banyak pelabur dan pelancong.

“Sejak menjadi Menteri Besar Johor, saya telah melawat CIQ BSI sebanyak 60 kali, manakala CIQ KSAB pula sebanyak 14 kali dan usaha ini akan diteruskan sehingga masalah kesesakan berkenaan dapat diselesaikan secara konsisten. Setiap saat yang dibazirkan di Tambak Johor dan LinKedua kerana kesesakan pastinya mempunyai impak ekonomi daripada segi pelaburan, perdagangan, pelancongan, pendidikan dan hartanah.

“Ini kerana ramai mungkin risau dan fobia disebabkan pengalaman kesesakan trafik yang mereka harungi sebelum ini. Ia menjadi isu dan kekangan untuk pelabur dan pelancong masuk ke Johor,” katanya menjawab soalan daripada enam Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) termasuk Datuk Seri Ir. Hasni Mohammad (BN-Benut) dalam Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor, di Kota Iskandar, di sini hari ini.

Onn Hafiz memberitahu, beberapa langkah penyelesaian jangka pendek telah diambil untuk merealisasikan hasrat itu termasuk penambahan 350 pegawai imigresen menjelang September ini, pertambahan bilangan bas penumpang, mempercepatkan masa palang motosikal dan mengubah suai kedudukan sistem e-gate.

“Penyelesaian jangka masa panjang pula menerusi pembinaan projek ‘Rapid Transit System’ (RTS) yang dijangka akan mula beroperasi pada penghujung 2026.

Beliau berkata, usaha itu telah mendapat maklum balas positif daripada banyak pihak termasuk golongan pelabur asing untuk membuat pelaburan di negeri ini, sekali gus memberi manfaat secara langsung terhadap ekonomi dan rakyat.

“Sebagai contoh, syarikat JStar Motion yang berpangkalan di China telah membuka kilang di Johor dengan nilai pelaburan sebanyak RM300 juta dan menawarkan 600 peluang pekerjaan.

“Mereka menyatakan penghargaan kerana aliran trafik antara Johor dan Singapura semakin lancar sehingga menyebabkan mereka membuat pelaburan tambahan bernilai RM100 juta untuk mengembangkan perniagaan di sini. Mereka turut menggalakkan pembekal untuk turut membuka perniagaan Johor,” katanya sambil  memaklumkan pemain industri pelancongan juga merekodkan peningkatan disebabkan aliran trafik yang lebih baik di kedua-dua sempadan masuk negara berkenaan.

Dianggarkan seramai 300,000 rakyat Malaysia berulang-alik setiap hari untuk mencari rezeki di Singapura, menjadikan sempadan antarabangsa itu paling sibuk di dunia. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya