Lakukan kajian menyeluruh isu kesesakan Tambak, LinKedua - Utusan Malaysia

Lakukan kajian menyeluruh isu kesesakan Tambak, LinKedua

LIEW CHIN TONG (kanan) menyapa seorang pengguna ketika melawat CIQ di Tambak Johor, Johor Bahru.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Kerajaan perlu segera melaksanakan kajian menyeluruh tentang aliran trafik kenderaan dan pejalan kaki yang melibatkan kerjasama semua agensi berkaitan dari Malaysia dan Singapura.

Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Liew Chin Tong berkata, kajian itu penting bagi mencari solusi terhadap isu kesesakan di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) di Tambak Johor.

Beliau menyambut baik cadangan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Singapura semalam tentang perlunya penambahan kakitangan di CIQ Tambak Johor dan di Lebuhraya LinKedua, Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB), Gelang Patah.

“Kami turut menyokong cadangan Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail (Menteri Dalam Negeri) untuk menggabungkan semua isu sempadan di bawah sebuah agensi yang akan membolehkan aliran trafik kenderaan dan pejalan kaki lebih tersusun dan lancar di antara Johor dan Singapura.

“Kami yakin perhatian serius oleh Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri bagi menangani masalah yang lama berpanjangan ini akan dapat menghasilkan perubahan dan penambahbaikan di Tambak Johor yang merupakan satu daripada lintasan darat yang paling sibuk di dunia,” katanya selepas meninjau keadaan di CIQ, Tambak Johor yang turut disertai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Stulang Andrew Chen Kah Eng, hari ini.

Chin Tong yang juga Ahli Parlimen Iskandar Puteri berkata, kesesakan di kedua-dua pintu masuk itu menjadi lebih buruk ketika menjelang musim perayaan.

Beliau berkata, kelancaran lintasan sempadan amat penting untuk ekonomi Johor yang bergantung dengan aliran keluar masuk untuk sektor pekerjaan, perniagaan dan percutian.

“Semua agensi yang berkaitan seperti Jabatan Imigresen dan Jabatan Kastam perlu mengambil pendekatan dinamik dalam usaha menambah sebanyak mungkin kakitangan pada waktu puncak, terutamanya musim perayaan,” katanya.

Beliau turut menyokong saranan Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi untuk membina ‘walkalator’ bagi melancarkan pergerakan pejalan kaki di Tambak Johor. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya