Siasatan kes penunggang lawan arus sedang dilengkapkan

Siasatan kes penunggang lawan arus sedang dilengkapkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kertas siasatan kes penunggang motosikal yang melawan arus sehingga menyebabkan kematian seorang lelaki di Kilometer 22.2 Lebuhraya Sungai Besi Ulu Kelang (SUKE) berhampiran Ulu Kelang sudah dirujuk ke pejabat Timbalan Pendakwa Raya (TPR), Rabu lalu.

Bagaimanapun, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd. Azam Ismail berkata, pihaknya perlu melakukan siasatan lanjut sebelum kertas siasatan akan dihantar semula ke TPR dalam tempoh terdekat.

“Suspek sudah dirakam percakapannya pada 16 Jun lalu dan kita sudah rujuk kertas siasatan itu ke TPR pada Rabu lalu.

“Beberapa tindakan siasatan lanjut akan dilakukan sebelum dirujuk semula ke TPR dalam tempoh terdekat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Pada 14 Jun lalu, media melaporkan penunggang motosikal berkuasa tinggi Ducati maut akibat terjatuh dari jejambat SUKE berhampiran Ulu Kelang. 

Dalam kejadian pada 1.05 tengah hari itu, mangsa berusia 60-an dari arah Ampang dalam perjalanan memasuki susur keluar Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) Ulu Kelang.

Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) berdurasi 12 saat memaparkan sebuah motosikal melawan arus tular dalam media sosial.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN