PRN: Rundingan kerusi DUN antara PH-BN masih berjalan - Utusan Malaysia

PRN: Rundingan kerusi DUN antara PH-BN masih berjalan

ANWAR Ibrahim sewaktu berucap pada Program Temu Anwar Negeri Sembilan di Dewan Tuanku Canselor, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Nilai, Seremban hari ini.-UTUSAN/MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Rundingan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di antara Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) tidak lama lagi masih lagi dalam peringkat perbincangan.

Perdana Menteri yang juga Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ia masih lagi dalam peringkat jawatankuasa dan ia akan dimuktamadkan.

“Ia sentiasa dibincangkan, masih ada sedikit lagi (untuk diselesaikan), ia masih di peringkat jawatankuasa dan saya akan dapatkan laporannya,” katanya kepada pemberita selepas Program Temu Anwar Negeri Sembilan di Dewan Tuanku Canselor, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), di sini, hari ini.

Sebelum ini, rundingan akhir pembahagian kerusi antara PH dan BN telah berlangsung pada 15 Jun lalu.

Setiausaha Agung UMNO Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, daripada 245 kerusi DUN yang akan dipertanding pada PRN di enam buah negeri nanti, terdapat sembilan kerusi yang masih bertindih antara kedua-dua gabungan parti itu.-UTUSAN.

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya