PRN: Kepemimpinan PH, BN akan muktamadkan agihan kerusi - Utusan Malaysia

PRN: Kepemimpinan PH, BN akan muktamadkan agihan kerusi

AHMAD Zahid Hamidi dalam sidang akhbar selepas Majlis Amanat Presiden UMNO Bersama Jentera UMNO Negeri Sembilan di Wisma UMNO Negeri Sembilan di Seremban hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Kepemimpinan tertinggi Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) akan membuat keputusan dan memuktamadkan pengagihan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam buah negeri tidak lama lagi.

Pengerusi BN, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, ia termasuk kerusi DUN di Negeri Sembilan yang berlaku pertindihan berkenaan dua buah kerusi.

Bagaimanapun jelas beliau, setakat ini kerusi-kerusi yang telah dimenangi sebelum ini akan kekal ditandingi oleh parti-parti terbabit.

“Secara adilnya kita kekalkan kerusi-kerusi yang kita pegang dan itu tidak jadi masalah, lebih baik, jika pihak BN dan PH atas pertimbangan untuk kami diberikan peluang untuk dua lagi kerusi tambahan.

“Jentera (BN) juga amat bersedia untuk bekerja ke arah kemenangan, sebagaimana dikatakan oleh pengerusi-pengerusi perhubungan negeri, keputusan muktamad adalah dibawah kepemimpinan BN dan PH dan itu akan dimuktamadkan,” katanya.

Ahmad Zahid yang juga Presiden UMNO berkata demikian dalam sidang akhbar selepas Majlis Amanat Presiden UMNO Bersama Jentera UMNO Negeri Sembilan di Wisma UMNO Negeri Sembilan di sini hari ini.

Beliau dalam pada itu berkata, seperti mana pada PRN sebelum ini, BN juga akan menampilkan pemimpin muda dan muka baharu sebagai calon mewakili parti itu.

“Kami sedang menuju ke arah itu, bagaimanapun seharusnya ada kesinambungan di antara yang lama dan baharu,” katanya lagi.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN