Premis komersial perlu jalani penilaian, periksa elektrik setiap 10

Premis komersial perlu jalani penilaian, periksa elektrik setiap 10 tahun

Datuk Nor Hisham Mohammad
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Setiap bangunan diharuskan membuat semakan penilaian bagi memastikan selamat diduduki terutama daripada sebarang kerosakan pendawaian elektrik.

Bercakap kepada Mingguan Malaysia, Timbalan Ketua Pe­ngarah (Pembangunan), Jabatan Bomba dan Penyelamat, Datuk Nor Hisham Mohammad berkata, pada asasnya, bangunan komersial melibatkan premis kedai, pusat beli- belah atau pejabat hendaklah membuat semakan keselamatan bagi setiap 10 tahun untuk penilaian elektrik.

Katanya, ini bagi memastikan bangunan tersebut selamat daripada sebarang masalah pendawaian elektrik.

“Penilaian semula ini hendaknya dilakukan pihak bertanggungjawab bagi mengenal pasti jika terdapat penambahan elektrik dilakukan pemilik premis atau kerosakan serta kebocoran dalam pendawaian.

“Tanggungjawab pihak bomba pula bagi memastikan bangunan tersebut mempunyai sistem alat pemadam api (fire fighting) atau sijil perakuan bomba (FC) terhadap premis ditetapkan,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Untuk rekod, sehingga Ogos tahun lalu, sebanyak 30 peratus daripada 8,300 premis seluruh negara didapati tidak mempunyai Sijil Perakuan Bomba (FC).

Data itu diperoleh hasil pe­meriksaan terhadap 8,300 pre­mis yang diperuntukkan mengikut Akta Perkhidmatan Bomba 1988 (pindaan 2020) (Akta 341).

Bagaimanapun, menurut Nor Hisham, sijil FC hanya dikeluarkan terhadap beberapa jenis premis mengikut spesifikasi ditetapkan.

Antaranya, hospital, hotel, perpustakaan, pejabat, kedai, kilang, tempat perhimpunan dan stor yang mengikut keluasan dan struktur ditetapkan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.