DAP terus menjadi bahan kritikan pembangkang sejak parti itu membuat keputusan untuk bekerjasama dengan UMNO bagi membentuk kerajaan Persekutuan baharu tahun lalu, setelah kedua-dua parti itu bermusuhan dalam politik selama hampir 60 tahun lamanya. Ironinya, kritikan itu dilemparkan oleh parti-parti yang pernah bekerjasama dengan DAP iaitu Pas dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu). Hasil kerjasama antara mereka sebenarnya banyak membuahkan hasil apabila meraih kemenangan dalam beberapa pilihan raya lalu sehingga…










