Penunggang motosikal disaman kerana tiada lesen

Penunggang motosikal disaman kerana tiada lesen

ANTARA penunggang motosikal yang diperiksa dalam Op Patuh di Plaza Tol Gombak, kelmarin.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GOMBAK: Tindakan penunggang motosikal tidak memiliki lesen mengundang padah apabila mereka diperiksa dalam operasi Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di Plaza Tol Gombak di sini semalam.

Antara alasan yang diberikan adalah lupa lesen sudah tamat tempoh dan belum gaji untuk menghidupkan lesen yang sudah mati.

Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Selangor, Datuk Khairul Khar Yahya berkata, operasi di laluan motosikal pada pukul 10 pagi itu diketuai Ketua Bahagian Penguatkuasa JPJ Negeri Selangor, Mazlini Yusof.

Menurutnya, sepanjang operasi, sebanyak 87 motosikal diperiksa sebelum 40 notis dan 26 saman dikeluarkan melibatkan pelbagai kesalahan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987. 

“Antara kesalahan yang dikesan adalah tiada lesen memandu, lesen kenderaan motor tamat tempoh, tiada perlindungan insurans, ubah suai kenderaan dan tiada cermin sisi.

“Antara alasan yang diberi penunggang atas kesalahan tiada lesen dan cukai jalan mati ialah terlupa, motosikal baharu dibeli, tunggu tukar nama serta belum gaji,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata, penunggang dan pemilik motosikal dinasihatkan supaya sentiasa patuhi peraturan dan undang-undang yang jalan raya serta memastikan motosikal berada dalam keadaan baik dan mengamalkan pemanduan secara berhemah.

Katanya, penguatkuasaan secara berterusan akan dilakukan bagi memastikan pengguna jalan raya  mematuhi  peraturan dan undang-undang jalan raya.

“Sebarang aduan kesalahan lalu lintas, orang awam boleh menyalurkan kepada [email protected] atau platform aplikasi e-aduan beserta butiran pengadu dan butiran aduan,” ujarnya. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya