Penternak lega subsidi diteruskan kerana harga anak ayam masih

Penternak lega subsidi diteruskan kerana harga anak ayam masih tinggi

Mazlina Kamarudin
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JERAI: Penternak ayam menganggap keputusan kerajaan meneruskan pemberian subsidi untuk industri itu dapat mengekalkan harga bahan mentah itu dalam pasaran.

Tanpa pemberian subsidi harga sekilogram ayam segar mungkin mencecah sehingga RM11 berbanding harga siling ditetapkan RM9.40 di pasaran ketika ini disebabkan kos pengeluarannya masih tinggi sekaligus membebankan pengguna.

Penternak ayam, Mazlina Kamarudin, 55, menganggap lanjutan pemberian subsidi oleh kerajaan kepada penternak bermula 1 Julai ini adalah langkah terbaik untuk membela dan menjaga kesejahteraan rakyat.

Menurut Pengarah Urusan Bismi Empire Sdn. Bhd. (Ayam Bismi) itu, penternak sepertinya masih memerlukan subsidi itu di kala kos pengeluaran ayam masih tinggi terutama dengan kenaikan harga anak ayam daripada RM1 sehingga RM1.50 seekor ketika ini.

“Kami rasa lega dengan pengumuman itu, Jika tiada subsidi pengguna mungkin terpaksa membeli ayam pada harga tinggi sehingga RM11 sekilogram kerana kos pengeluaran yang masih tinggi seperti harga anak ayam ketika ini sehingga RM3.30 dan RM3.30 seekor,” katanya di sini, semalam.

Tambah Mazlina, penternak ketika ini berada dalam keadaan tersepit antara kelangsungan perniagaan mereka dan membantu rakyat untuk meringankan beban mereka ketika kos sara hidup yang meningkat.

“Subsidi diperlukan kerana kerajaan tidak dapat memastikan orang yang membekalkan anak ayam itu untuk menurunkan harganya. Kalau harga anak ayam sehingga RM3.40 seekor, kos awal kami sudah cukup tinggi.

“Jadi kami sebagai penternak berharap kerajaan melihat kepada situasi ini iaitu harga anak ayam. Kita penternak ini sudah ada ladang dan mahu tak mahu kena bawa masuk ayam. Kita berharap subsidi itu diteruskan kerana penurunan margintak nampak lagi,” katanya.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini mengumumkan persetujuan kerajaan untuk meneruskan pemberian subsidi ayam dan telur bermula 1 Julai depan.

Sebelum ini pada 17 Januari lepas, Jemaah Menteri membuat keputusan untuk meneruskan pemberian subsidi bahan mentah itu sehingga hujung bulan ini.

Pada masa ini harga siling runcit bagi ayam standard di Semenanjung adalah RM9.40 sekilogram. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN