Fokus tanam semula kelapa sawit

Fokus tanam semula kelapa sawit

GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Fokus perlu diberikan bagi penanaman semula pokok kelapa sawit untuk memastikan pengeluaran dan eksport komoditi itu tidak terjejas pada masa hadapan.

Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, sekiranya langkah penanaman semula tidak dilaksanakan mengikut jangka hayat pokok, industri sawit berisiko mengalami penurunan hasil yang ketara, sekali gus menjejaskan sumbangannya kepada ekonomi negara.

“Penanaman semula penting supaya produktiviti dapat dikekalkan. Kalau pokok sawit dibiarkan tua tanpa ditanam semula, hasilnya akan merosot,” katanya menjawab soalan tambahan Jamaludin Yahya (PN-Pasir Salak) di Dewan Rakyat semalam.

Beliau turut menjelaskan, syarikat-syarikat besar seperti Sime Darby, United Plantation dan Kuala Lumpur Kepong (KLK) lebih mudah melaksanakan proses ini kerana mempunyai sumber kewangan yang mencukupi dan mengurus ladang secara komersial.

“Salah satu kelebihan mereka adalah sentiasa mempunyai dana untuk menanam semula pokok yang sudah tua tetapi kalau penanaman semula tidak dibuat mengikut jadual, hasil akan menurun,” tambahnya.

Katanya, pokok kelapa sawit yang berada pada tahap matang mampu menghasilkan sehingga 28 tan hasil, bergantung kepada teknik penanaman.

Namun begitu, katanya, jika pokok dibiarkan melebihi usia 25 hingga 27 tahun tanpa ditanam semula, hasilnya hanya sekitar empat hingga lima tan sahaja. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN