Pelajar cedera dipercayai terjun dari tingkat tiga sekolah

Pelajar cedera dipercayai terjun dari tingkat tiga sekolah

Polis Diraja Malaysia (PDRM)
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Seorang pelajar tingkatan tiga ditemukan terbaring di tingkat bawah bangunan sekolah selepas dipercayai terjun dari tingkat tiga dalam kejadian di Kajang di sini pagi tadi.

Pihak polis menerima panggilan melalui Pusat Kawalan Ibu pejabat Daerah Kajang pada pukul 9.20 pagi berhubung kejadian tersebut.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan, berkata mangsa kemudian dikejarkan oleh pihak sekolah ke Hospital Kajang untuk rawatan dan disahkan mengalami patah tulang belakang T12 serta cedera di kepala.

Katanya, ketika kejadian, mangsa yang berusia 15 tahun serta mempunyai penyakit mental dipercayai keluar sendirian untuk ke tandas sebelum ditemhkan terbaring di tingkat bawah bangunan sekolah.

“Dalam keterangan ibu bapanya, menyatakan mangsa mengalami penyakit itu sejak tahun 2020 selepas diserang demam panas hingga menyebabkan sawan.

“Sehingga kini mangsa masih menerima rawatan dan pemeriksaan di Klinik Neurology Hospital Kuala Lumpur,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Zaid berkata, saksi kejadian menyatakan mangsa pernah beberapa kali bergurau cuba untuk terjun dari bangunan sekolah untuk mendapatkan perhatian rakan sekelas.

“Kebiasaannya mangsa akan ditemani rakan sekelas untuk ke tandas namun semasa kejadian mangsa keluar seorang diri.

“Kes diklasifikasi mengikut Seksyen 309 Kanun Keseksaan kerana cuba bunuh diri. Bagaimanapun pihak polis masih menyiasat punca sebenar kejadian,” katanya.

Beliau meminta saksi yang melihat atau mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta berhubung dengan Pegawai Penyiasat, Inspektor Mohamad Faeez di talian 013-2773407 atau mana-mana balai polis berdekatan.– UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.