'Orang lain sibuk guna TikTok, orang UMNO masih Facebook'

PAU 2023: ‘Orang lain guna TikTok, orang UMNO masih Facebook’

Mohammad Sollehin Mohamad Tajie.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: “Orang lain sibuk TikTok, kita masih guna Facebook.”

Demikian reaksi Ketua UMNO Bukit Gantang, Mohammad Sollehin Mohamad Tajie yang mengatakan UMNO masih ketinggalan zaman untuk menyerang pihak lawan dan menegaskan perkara itu perlulah seiring pergerakan zaman.

Kata Perwakilan Perak itu, UMNO perlu menerokai platform media sosial lain dengan tidak bergantung satu medium sahaja.

Selain itu beliau meminta ahli UMNO perlu menghentikan menyalahkan jentera penerangan pada setiap kali kekalahan UMNO dengan melihat diri sendiri terlebih dahulu sebelum menuding jari kepada pihak lain.

“Kalah pilihan raya, salah Presiden dan penerangan. Tuan tuan tanggungjawab setiap daripada kita apabila kalah setiap pilihan raya, sejauh gerak kerja kita untuk memenangkan parti,” katanya ketika membahaskan ucapan dasar Presiden UMNO bersempena Perhimpunan Agung UMNO 2023 di sini hari ini.

Pada masa sama, Ketua UMNO Permatang Pauh, Datuk Mohd. Zaidi Said menjelaskan, UMNO dilihat masih mengamalkan politik lama, dengan lebih banyak mengendalikan sentimen untuk menjawab dakwaan pembangkang, berbanding menyerang mereka.

Perwakilan Pulau Pinang itu mengingatkan bahawa politik UMNO perlu berubah bagi mengelakkan parti itu dan pemimpinnya terus diserang, sehingga menyebabkan rakyat terpengaruh.

“Politik itu adalah mengeluarkan hujah dan mengendalikan sentimen, tetapi saya tengok kita sekarang setiap hari bercakap mengendalikan sentimen, termasuk di media sosial kita. Setiap hari kita menjawab sedangkan mereka (pembangkang) mengeluarkan hujah untuk kita.

“Nampaknya kita kadang-kadang tidak ada koordinator (untuk menguruskan strategi). Kalau kita tengok bagaimana mereka serang Presiden kita (Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi), mereka seolah-olah ada koordinator,” katanya. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya