Pasangan kekasih dicekup bersama dadah RM69,401

Pasangan kekasih dicekup bersama dadah RM69,401

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Sepasang kekasih dicekup bersama pelbagai jenis dadah bernilai RM69,401 dalam serbuan di sebuah rumah sewa di Jalan Kuala Krai-Kota Bharu, Ketereh di sini kelmarin.

Pasangan kekasih masing-masing berusia 27 dan 31 tahun ditahan pada pukul 2.45 petang.

Ketua Polis negeri Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, hasil pemeriksaan yang dilakukan ke atas rumah berkenaan membawa kepada penemuan sebanyak 5,070 biji pil kuda, syabu (88.80 gram), ganja (21.50 gram) dan 33 biji ecstasy.

“Kesemua dadah yang dirampas itu boleh digunakan oleh seramai 5,993 penagih dadah jika terlepas ke pasaran.

“Pada masa sama, kita turut menyita sebuah kereta bernilai RM88,000 dan dua buah motosikal (RM7,000) di bawah Seksyen 25 Akta Dadah Berbahaya (Pelucuthakan Harta) 1988,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di sini hari ini.

Muhamad Zaki memberitahu, semakan mendapati kedua-dua suspek masing-masing mempunyai enam dan lima rekod lampau berkaitan dadah.

Katanya, saringan awal air kencing mendapati kedua-dua suspek positif dadah dan direman selama tujuh hari bermula semalam sehingga 12 Jun ini.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. Terdahulu pada Selasa lalu, kita turut menahan seorang penganggur bersama 22,000 biji pil kuda di hadapan sebuah rumah di Kampung Dangar,Pasir Mas.

“Suspek berusia 25 tahun itu ditahan pada pukul 8.15 malam. Hasil semakan mendapati suspek mempunyai lima rekod lampau berkaitan dadah manakala saringan awal air kencing didapati negatif,” ujarnya.

Muhamad Zaki berkata, suspek direman selama tujuh hari bermula 31 Mei sehingga semalam dan disambung semula hari ini sehingga 13 Jun ini.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952,”katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya