KUALA LUMPUR: Perikatan Nasional (PN) menamakan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali sebagai poster boy bagi Selangor, meskipun ia tidak diumumkan secara rasmi. Perkara itu didedahkan seorang pegawai kanan Mohamed Azmin kepada Utusan Malaysia dengan menjelaskan, beberapa pimpinan tertinggi sudah dimaklumkan perkara itu, malah juga disebut dalam beberapa mesyuarat tertutup dalam kalangan pimpinan parti berkenaan. Bagaimanapun, beliau yang tidak mahu dinamakan berkata, masalahnya ialah Pas Selangor dikatakan tidak menerima Mohamed Azmin…