Minat kerja lebih daripada belajar

Minat kerja lebih daripada belajar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelajar dari golongan B40 dan yang tidak menguasai 3M (membaca, menulis dan mengira) lebih cenderung untuk bekerja daripada belajar.

Seorang remaja dari Kuala Terengganu yang hanya mahu dikenali sebagai Fikri, 20, berkata, dia berhenti sekolah semasa memasuki darjah lima kerana tidak minat belajar.

“Saya berhenti sekolah sebab saya kurang berminat dalam pelajaran bukan kerana saya ada masalah kewangan, masalah keluarga mahupun masalah di sekolah.

“Walaupun saya bersekolah sehingga darjah empat, saya tiada masalah untuk menulis, mengira dan membaca,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia.

Fikri berkata, dia lebih minat untuk bekerja berbanding menyambung persekolahannya di peringkat yang lebih tinggi.

“Saya mula bekerja ketika berumur 15 tahun dengan menjadi buruh binaan yang mana ketika itu saya bekerja di bawah majikan yang sama dengan ayah.

“Majikan terima saya bekerja kerana dia kenal dengan ayah saya walaupun kalau mengikut undang-undang saya tidak dibenarkan bekerja kerana masih di bawah umur,” katanya.

Terdahulu, akhbar ini melaporkan, kerajaan harus mengenal pasti kira-kira 30,000 pelajar yang tercicir dari Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) supaya mereka boleh diserap ke manamana program latihan sedia ada.

Menurut Fikri, untuk mencari kerja sekarang sekurang-kurangnya memerlukan sijil atau lulus SPM, tetapi dia tetap cekal untuk mengharungi cabaran dalam kehidupan untuk mendapatkan pendapatan yang tetap dan stabil.

Sementara itu bekas pelajar yang hanya berada di sekolah sehingga tingkatan empat, Syawal berkata, dia berasa sukar untuk meneruskan pelajaran kerana menganggapnya terlalu membebankan dirinya.

“Jika di sekolah pun, sejak dahulu lagi saya suka ponteng sebab tidak minat belajar.

“Malah, ramai juga yang berjaya tidak mempunyai SPM atau tamat sekolah,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN