KUALA LUMPUR: Peraturan-Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat yang memperuntukkan sebarang keterangan dijalankan dalam prosiding Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) yang tidak boleh disiar sesiapa sebelum dibentang tidak terpakai kepada media. Pengamal undang-undang berpendapat, peruntukan itu hanya terpakai kepada ahli PAC atau ahli Dewan Rakyat dan media tidak terikat untuk melaporkan intipati prosiding dijalankan jawatankuasa itu bersama saksi-saksi keterangan. Isu tersebut timbul susulan pendedahan Utusan Malaysia kelmarin mengenai intipati keterangan saksi-saksi berhubung…










