IPOH: Persatuan Maahad Tahfiz Al-Quran Negeri Perak (Pematap) bimbang dengan beberapa maahad tahfiz swasta di negeri ini yang kekurangan pelajar sehingga 50 peratus. Bercakap kepada Utusan Malaysia, Timbalan Pengerusi Pematap, Abd. Halim Abd. Majid berkata, ramai yang masih terkesan Covid-19 apabila kehilangan pekerjaan, perniagaan yang merosot menyebabkan sumber pendapatan terjejas seterusnya mencari inisiatif untuk mengurangkan belanja bulanan masing-masing. Menurut beliau, implikasi daripada keadaan tersebut menyebabkan sebahagian maahad tahfiz swasta di…










