Lima klinik kesihatan naik taraf di Kelantan beroperasi 2 Julai ini

Lima klinik kesihatan naik taraf di Kelantan beroperasi 2 Julai ini

ZALIHA Mustafa semasa sidang media selepas merasmikan Majlis Penyerahan Projek Klinik Kesihatan Mata Ayer, Machang, Kelantan hari ini. UTUSAN/ROSMIZAN RESDI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MACHANG: Lima buah klinik desa berstatus daif di Kelantan yang telah dinaik taraf kepada klinik kesihatan Jenis 7 akan mula beroperasi pada 2 Julai depan.

Menteri Kesihatan, Dr. Zaliha Mustafa berkata, peruntukan naik taraf bagi kelima-lima klinik desa itu telah diluluskan di bawah Rolling Plan Pertama (RP1), Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK-11) dengan kos keseluruhan berjumlah RM32.05 juta. 

Menurutnya, klinik desa yang dinaik taraf di negeri ini adalah Klinik Kesihatan Mata Ayer dan Klinik Kesihatan Kerilla di sini, Klinik Kesihatan Karangan dan Klinik Kesihatan Peria di Kuala Krai selain Klinik Kesihatan Sokor, Tanah Merah.

“Pembinaan kesemua projek tersebut telah bermula pada tahun 2020 dan siap pada awal tahun ini.

“Klinik-klinik itu bakal menawarkan perkhidmatan yang telah dinaik taraf seperti klinik kesihatan ibu dan anak, pesakit luar, rawatan kecemasan, makmal perubatan asas dan farmasi,” katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Majlis Penyerahan Projek Klinik Kesihatan Mata Ayer di sini hari ini.

Dr. Zaliha memberitahu, setiap klinik dilengkapi dengan empat unit kuarters bagi kemudahan dan keselesaan kepada kakitangan agar mereka dapat memberi perkhidmatan sekali gua meningkatkan taraf penyampaian perkhidmatan dalam operasi klinik.

Katanya, beliau berharap kelima-lima klinik itu akan dapat memberikan manfaat kepada masyarakat setempat.

Sementara itu, Zaliha berkata, sebanyak 39 buah lagi klinik daif di Kelantan akan dibaik pulih dan dinaik taraf dengan anggaran kos sebanyak RM9.6 juta. 

“Proses perolehan kontraktor bagi kesemua klinik itu telah dimulakan dan empat projek terbabit sudah selesai melantik kontraktor. 

“Baki 35 buah klinik lagi dijangka akan selesai dalam masa terdekat seterusnya kerja-kerja pembaikan akan dimulakan dalam bulan ini,”katanya.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya