Lelaki maut Toyota Hilux terbabas, jatuh longkang - Utusan Malaysia

Lelaki maut Toyota Hilux terbabas, jatuh longkang

ANGGOTA bomba mengeluarkan mayat seorang lelaki yang tersepit apabila pacuan empat roda dipandunya terbabas lalu terjatuh dalam longkang sedalam lima meter di Taman Puteri, Kulai.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KULAI: Seorang lelaki maut apabila kenderaan pacuan empat roda,Toyota Hilux dipandunya terbabas lalu terjatuh ke dalam longkang sedalam lima meter di Taman Puteri, di sini awal pagi tadi.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kulai, Pegawai Bomba Kanan II, Mohd. Firdaus Juritah berkata, pihaknya menerima panggilan tentang kejadian itu pada pukul 1.21 pagi.

Seramai enam anggota berserta sebuah jentera dari BBP Kulai dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Mangsa seorang lelaki berusia 46 tahun didapati maut dalam keadaan tersepit di tempat duduknya,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Mohd. Firdaus memberitahu, anggotanya kemudian mengeluarkan mangsa menggunakan peralatan khas sebelum membawa mayatnya naik menggunakan pengusung.

“Mangsa telah disahkan meninggal dunia di tempat

kejadian oleh pihak Kementerian Kesihatan dan kemudian diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Operasi tamat pada pukul 3.32 pagi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN