Lelaki ditemui maut dalam keadaan tertiarap - Utusan Malaysia

Lelaki ditemui maut dalam keadaan tertiarap

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Seorang lelaki ditemui maut dalam keadaan tertiarap dengan kesan kecederaan di atas jalan raya di Jalan Toman 8 di sini pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Arifai Tarawe berkata, pihak polis menerima maklumat daripada orang awam pada pukul 11.45 pagi memaklumkan terdapat seorang lelaki terbaring dan tidak sedarkan diri.

“Hasil siasatan awal mendapati,mangsa seorang lelaki berusia 39 tahun dijumpai tertiarap di atas jalan raya dan meninggal dunia.

“Pemeriksaan pada anggota badan mangsa terdapat kesan kecederaan di bahagian muka dan badan,” katanya ketika dihubungi.

Arifai berkata, setakat ini kes diklasifikasikan mati mengejut dan punca kematian masih belum dapat disahkan.

“Mayat mangsa dihantar ke Jabatan Perubatan Forensik, Hospital Tuanku Ja’afar di sini untuk proses bedah siasat,” katanya.

Beliau berkata, sesiapa yang mempunyai maklumat atau melihat kejadian itu boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Adi Khusaini Saripudin di talian 012-7707282 atau Ibu Pejabat Polis Daerah Seremban 06- 6033222.-UTUSAN.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN