Lelaki curi jersi kelab PSG ditahan

Lelaki curi jersi kelab PSG ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

AMPANG JAYA: Tindakan seorang lelaki mencuri jersi kelab Paris Saint-Germain (PSG) di sebuah pusat beli-belah di sini mengundang padah selepas suspek ditahan semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 7.20 petang, kejadian itu disedari penolong pengurus premis selepas melihat lelaki itu mengambil sehelai jersi PSG dan Manchester United untuk dicuba di bilik persalinan.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, pekerja premis itu kemudian mendapati lelaki terbabit keluar dari bilik persalinan dan hanya membawa sehelai jersi Manchester United.

“Apabila suspek hendak keluar, pintu pengimbas keselamatan berbunyi kerana terdapat tag keselamatan pada baju tersebut.

“Pekerja premis terbabit menahan lelaki itu dan menjumpai sehelai jersi PSG bernilai RM299 di dalam beg galas yang dipakainya,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Beliau berkata, suspek kemudian diserahkan kepada pihak polis.

Kata beliau, semakan mendapati suspek berusia 39 tahun itu tidak mempunyai rekod jenayah lampau dan ujian air kencing negatif dadah.

“Suspek direman empat hari sehingga 18 Jun untuk siasatan di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan,” ujarnya. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN