Ketua polis daerah ditahan SPRM terima rasuah RM1 juta

Ketua polis daerah ditahan SPRM terima rasuah RM1 juta

Polis Diraja Malaysia (PDRM)
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Seorang ketua polis daerah di Pahang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) kerana disyaki menerima rasuah bagi melindungi aktiviti pusat hiburan dan pusat urut di sekitar daerah kawalannya.

Pegawai kanan polis berusia 53 tahun ditahan petang tadi kerana disyaki menerima rasuah berjumlah anggaran lebih RM1 juta sejak tahun 2017 hingga 2022.

Satu sumber mendedahkan, bayaran rasuah ini disyaki bagi melindungi pusat-pusat hiburan dan pusat-pusat urut yang tidak berlesen.

“Kesemua premis berkenaan membayar daripada sebarang tindakan dan gangguan pihak berkuasa,” katanya di sini.

Sementara itu, Pengarah SPRM Pahang, Hairuzam  Amin ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tetapi enggan mengulas lanjut. 

Kata beliau, siasatan dijalankan di bawah seksyen 16 (a) Akta SPRM 2009.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya