Kejayaan 11A SPM hasil idola kekuatan arwah ibu melawat

Kejayaan 11A SPM hasil idola kekuatan arwah ibu melawat penyakit kanser

NURUL IZZAH Khadri menunjukkan placard 11A keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia 2022 di Sekolah Menengah Agama Tengku Ampuan Hajah Afzan Pahang di Jerantut, Pahang hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JERANTUT: Kejayaan pelajar Sekolah Menengah Agama Tengku Ampuan Hajah Afzan Pahang (TAHAP), Nurul Izzah Khadri, 18, memperoleh 11A dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang diumumkan hari ini didorong semangat dan kekuatan arwah ibunya melawan penyakit kanser.

Nurul Izzah berkata, semasa dia belajar di sekoleh tersebut ibunya telah menghidap penyakit kanser dan melihat sendiri kekuatan ibunya melawat penyakit tersebut sehinggalah Allah menyayanginya terlebih dahulu pada tahun sebelum peperiksaan.

“Arwah ibu merupakan idola saya. Kekuatan ibu melawan penyakit ini di samping pada masa yang sama banyak menitip nasihat menjadi teladan bagi saya berdepan suasana pembelajaran menjelang peperiksaan SPM.

“Semangat dan kekuatan yang ditinggalkan arwah ibu mendorongkan saya tidak menoleh ke belakang untuk terus berusaha bersungguh-sungguh sehingga memperoleh kejayaan hari ini,” katanya di pekarangan sekolah tersebut hari ini.

Nurul Izzah memperoleh ‘A’ dalam mata pelajaran bahasa Melayu, bahasa Inggeris, Sejarah, Matematik, bahasa Arab, Matematik Tambahan, Fizik, Kimia, Biologi, Pendidikan al-Quran dan Al-Sunnah dan Pendidikan Syariah Islamiah.

Bercerita selanjutnya, Nurul Izzah merupakan anak seorang pesara penyelia di sebuah ladang menetap  di Temerloh berkata, bantuan guru serta sokongan dan galakan rakan di asrama menyuntik semangatnya untuk terus berusaha setelah bergelar anak yatim.

“Saya tekad berusaha berbantukan rutin harian yang konsisten, iaitu mengulangkaji pelajaran selama sejam sebelum tidur, bangun menjelang waktu pagi solat tahajud, sering mengamalkan makan buah kurma dan kismis serta paling penting sentiasa fokus ketika belajar di kelas.

“Perkara yang berkaitan mata pelajaran yang tidak faham, saya tidak bertangguh dan terus bertanyakan guru selepas belajar dan waktu mengulangkaji di asrama dengan rakan,” katanya.

Nurul Izzah berkata, kejayaan yang membanggakan itu sebagai hadiah kepada arwah ibunya yang sentiasa menitipkan nasihat malahan untuk bapanya yang terus memberikan kekuatan semasa dia belajar sehingga memasuki dewan peperiksaan.

Ujarnya, selepas memperoleh keputusan yang cemerlang itu, dia mencongak untuk melanjutkan pelajaran bidang asasi perubatan di universiti tempatan dan berharap cita-cita melanjutkan pelajaran ke United Kingdom mengambil jurusan tersebut tercapai. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.