Kaji selidik: Anwar paling layak jadi PM

Kaji selidik: Anwar paling layak jadi PM

ANWAR IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Satu kaji selidik yang dijalankan pusat penyelidikan pendapat awam, Endeavour-MGC mendapati Perikatan Nasional (PN) menjadi pilihan tertinggi responden Melayu sekiranya pilihan raya umum (PRU) diadakan segera. 

Kaji selidik itu dijalankan terhadap seramai 1,068 responden meliputi semua kaum, termasuk 791 responden Melayu yang dipilih melalui persampelan rawak berstrata.

Ia membabitkan responden lelaki dan wanita masing- masing 50 peratus, manakala sebanyak 62.2 peratus responden mewakili kaum Melayu, Cina (28.7 peratus), India (8.2 peratus) dan lain-lain (0.9 peratus).

Hasil kajian mendapati sebanyak 26 peratus responden Melayu memilih PN sekiranya pilihan raya umum diadakan esok, diikuti BN (24 peratus) dan PH (20 peratus). 

Bagaimanapun, 39 peratus responden semua kaum memilih PH sekiranya pilihan raya umum diadakan esok, diikuti Barisan Nasional (18 peratus) dan PN (17 peratus). 

Sementara itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi pilihan sebagai individu paling layak menjadi Perdana Menteri selepas 46 peratus responden semua kaum dan 32 peratus responden Melayu mahu Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu memimpin negara untuk tempoh sekarang.

Tan Sri Muhyiddin Yassin menjadi pilihan kedua selepas 25 peratus responden Melayu dan 17 peratus responden semua kaum berpandangan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu sesuai untuk menjadi Perdana Menteri.

Ia diikuti Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Khairy Jamaluddin yang memperoleh enam peratus daripada responden semua kaum manakala sembilan peratus responden Melayu memilih Ismail Sabri dan lapan peratus responden Melayu memilih Khairy.

Sebagai rekod, kaji selidik itu dijalankan bermula 4 hingga 18 April lalu dengan margin kesilapan keputusan adalah antara tiga dan 3.5 peratus berdasarkan bilangan pemilih berdaftar di Semenanjung, setakat Jun 2022.

Kesemua responden berumur antara 18 hingga 60 tahun ke atas dengan golongan yang berumur 30 hingga 39 tahun adalah paling ramai iaitu 26 peratus.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya