INSKEN buka cawangan pertama di Sabah

INSKEN buka cawangan pertama di Sabah

EWON Benedick merasmikan pejabat cawangan INSKEN pertama di Sabah - IHSAN INSKEN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Institut Keusahawanan Negara Berhad (INSKEN) kini membuka pejabat cawangan yang pertama di Sabah, sebagai satu usaha untuk menarik lebih ramai usahawan negeri itu menyertai program latihan dan bimbingan anjurannya.

Ketua Pegawai Eksekutif INSKEN, Muhd. Firdaus Azharuddin berkata, usahawan Sabah sentiasa memberi sokongan padu kepada INSKEN dan ini merupakan langkah yang tepat supaya mereka mendapat akses lebih mudah dan cepat untuk bertemu, berkomunikasi serta mendapatkan bantuan latihan dan bimbingan.

“Selain ruangan pejabat, ia juga dilengkapi dengan bilik latihan yang boleh memuatkan 30 peserta bagi setiap program.

“Tambahan pula, INSKEN turut berhasrat ingin memudahkan usahawan di Sabah yang tidak mempunyai kelengkapan teknologi maklumat (IT) dengan menyediakan ruangan kerja beserta komputer dan mesin pencetak untuk digunakan,” katanya dalam kenyataan baru-baru ini.

Majlis perasmian INSKEN cawangan Sabah itu disempurnakan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick.

Kampus INSKEN Sabah akan beroperasi dari hari Isnin hingga Jumaat bermula pukul 8.30 pagi hingga 5.30 petang.

Selain secara dalam talian, usahawan di Sabah juga digalakkan untuk ke Kampus INSKEN cawangan Sabah yang terletak di Lot 10, Wisma IDS, Penampang Sabah untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai program latihan dan bimbingan. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya