Hairi ketuai jentera Pemuda bantu PRN di enam negeri - Utusan Malaysia

Hairi ketuai jentera Pemuda bantu PRN di enam negeri

Mohd. Hairi Mad Shah
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISKANDAR PUTERI: Naib Ketua Pemuda UMNO, Mohd. Hairi Mad Shah akan mengetuai jentera pergerakan itu bagi membantu kemenangan parti pada Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri kelak.

Beliau telah dilantik oleh Ketua Pemuda UMNO, Dr. Muhamad Akmal Saleh sebagai Pengarah Pilihan Raya bagi pergerakan Pemuda dengan menyusun gerak kerja yang lebih teratur.

“Justeru, saya akan mengarahkan semua jentera Pemuda di seluruh negara untuk turun membantu gerak kerja di enam negeri ini yang akan menghadapi PRN,” katanya ditemui selepas mempengerusikan Mesyuarat Induk Penyelarasan Southern Volunteers Prihatin@Johor Future 2023, di sini.

Enam negeri yang akan mengadakan PRN ialah Kelantan, Terengganu, Kedah, Selangor, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang.

Mohd. Hairi yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Larkin akan mengadakan pertemuan dengan semua sayap parti komponen Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) untuk duduk bersama merangka strategi bagi menghadapi PRN tersebut dalam masa terdekat.

“Insya-Allah, dalam masa terdekat ini, kita akan panggil semua parti komponen BN dan PH untuk duduk bersama-sama membincangkan mengenai gerak kerja pada PRN.

“Saya berharap parti-parti komponen BN dan PH dapat bergerak dalam naratif yang sama dan tidak ada lagi perbezaan ideologi dalam kalangan kesemua parti,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya