Hadi jangan guna naratif kolot, jumud serang kerajaan – PM

Hadi jangan guna naratif kolot, jumud serang kerajaan – PM

Anwar Ibrahim menandatangani buku katalog selepas merasmikan Pameran Lukisan Orientalis di Kuala Lumpur, semalam. Turut hadir Syed Mokhtar Albukhary (kanan). – UTUSAN/FARIZ RUSADIO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menasihati Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang agar tidak menggunakan naratif kolot dan jumud apabila me­nyerang kerajaan perpaduan.

Anwar menegaskan, per­ki­raan itu tidak betul kerana yang penting bukan soal jumlah majoriti tetapi dasar.

“Di mana yang dasar yang kita tinggalkan Islam? Di mana yang kita khianat orang Melayu ni? Yang kita curi tanah Me­layu, curi saham, curi projek di mana?

Memuatkan artikel berkaitan…

“Ini penting kita nilai, ja­ngan gunakan naratif kolot dan jumud yang lalu, bahasa, budaya, Islam, seni, sastera yang kita lakukan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pameran Lukisan Orientalis di Muzium Kesenian Islam, di sini, semalam.

Yang turut hadir Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil; Pengerusi Yayasan AlBukhary, Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary dan Pengarah Muzium Kesenian Islam Malaysia, Syed Mohamad Albukhary.

Dalam laporan media, Abdul Hadi sebelum ini menyifatkan Pakatan Harapan (PH) tidak sesuai jadi kerajaan dan memimpin negara kerana gabungan itu dikuasai parti bukan Islam

Katanya, kerajaan hari ini lemah kerana tidak diterajui parti Melayu Islam untuk me­mimpin Malaysia yang majoriti rakyatnya Melayu dan beragama Islam.

Sementara itu, Anwar ber­kata, hak bukan Islam itu ba­gaimanapun tetap perlu dipelihara meskipun kerajaan mengangkat penghayatan Islam.

Katanya, ini kerana semua sedia maklum negara ini terdiri daripada pelbagai kaum.

“Jadi saya tidak cenderung untuk rakyat dipesongkan de­ngan sentimen ini, yang dia (Abdul Hadi) tidak dijawab kenapa sekarang kita boleh ambil tindakan tegas hentikan rompakan.

“Saya tahu ada kalangan pembesar, tokoh-tokoh lama, itu dia kata ‘buat apa nak korek yang lama-lama’, bukan saya korek, harta rakyat mesti dipulangkan.

“Kalau tengok naratif yang lama-lama dan naratif itu….di kalangan orang yang ada kes kalau ikut… kalau teliti betul-betul dia takut dia disiasat. Kamu sudah ambil… pulangkan balik, itu saja yang saya perlukan,” ujarnya.

Jelas beliau, banyak kejayaan sudah dicapai kerajaan perpaduan pimpinannya sejak menang Pilihan Raya Umum Ke-15. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini