Gempa bumi: Misi fokus bantuan kontena

Gempa bumi: Misi fokus bantuan kontena penempatan

MOHD. Yusni (tengah) bersama kumpulan kelima misi bantuan untuk mangsa gempa bumi di Turkiye dan Syria sebelum berlepas dari KLIA.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Gabungan Aid 4 Turkiye dan Syria akan meneruskan lagi misi kemanusiaan untuk membantu rakyat kedua-dua negara itu menerusi misi kelima baru-baru ini.

Pengarahnya, Mohd Yusni Mat Piah berkata, kumpulan itu berlepas ke negara terbabit bagi memberi fokus pembinaan rumah dan bangunan hancur dalam kejadian gempa bumi empat bulan lalu.

“Atas semangat kebersamaan dan keprihatinan, gabungan Aid 4 Turkiye dan Syria akan meneruskan lagi misi kemanusiaan untuk membantu rakyat kedua-dua negara itu melalui kerjasama yang diadakan bersama badan bukan kerajaan (NGO) di sana.

“Fokus utama bagi misi kemanusiaan kali ini adalah sumbangan berbentuk kontena penempatan dan makanan keperluan bagi meneruskan kehidupan mereka,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Dalam pada itu, Mohd. Yusni berkata, sekretariat Aid 4 Turkiye dan Syria akan mengemas kini dan meneliti semula segala bentuk sumbagan agar ia sampai kepada tangan yang memerlukan.

Justeru, kata beliau, pihak Aid 4 Turkiye dan Syria menyeru seluruh lapisan masyarakat Malaysia yang mengikuti perkembangan gempa bumi Turkiye dan Syria untuk terus sama-sama bersolidariti dengan menyumbang ke Tabung bantuan mangsa gempa bumi.

Korban akibat bencana gempa bumi di Turkiye dan Syria yang berlaku pada 6 Februari lalu melebihi 50,000 orang dengan kerosakan yang mencecah sehingga RM159 bilion.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya