Filipina tidak terlibat tuntut Sabah – PM

Filipina tidak terlibat tuntut Sabah – PM

ANWAR IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Tiada bukti yang boleh dikaitkan dengan kerajaan Filipina mengenai tuntutan waris Sulu terhadap Sabah.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau telah mengadakan perundi­ngan dengan Presiden Filipina, Bongbong Marcos sebanyak dua kali untuk mengesahkan mengenai perkara tersebut.

“Apakah ada bukti yang tunjukkan Filipina terlibat dalam tuntutan ini? Saya tegaskan, setakat ini tiada bukti.

“Saya juga ada rundingan dua kali dengan Bongbong Marcos dan tentu perkara ini menyinggung Filipina,” kata­nya mengenai status terkini tuntutan lapan warga Filipina yang mendakwa waris Sultan Sulu di Dewan Rakyat, semalam.

Terdahulu, Datuk Khlir Mohd Nor (PN-Ketereh) me­minta Perdana Menteri menjelaskan sama ada kerajaan bersetuju bahawa tuntutan waris Sulu ada kaitan dengan kerajaan Filipina.

Anwar turut menegaskan bahwa kerajaan tidak akan melayan sebarang tuntutan terhadap Sabah sama ada daripada Sulu atau Filipina.

“Keputusan sudah dibuat bagi pihak kerajaan Malaysia, ini sudah muktamad dan kita tidak akan melayani tuntutan baik oleh Sulu atau Filipina dan ini sudah menjadi wilayah ke­ramat Malaysia

“Ini diputuskan bukan sahaja dari segi perjanjian di antara Perdana Menteri ketika itu (Tunku Abdul Rahman) dan pemimpin Sabah dan Sarawak tetapi sudah dimuktamadkan oleh Inggeris tapi yang penting dalam keputusan Suruhanjaya Cobbolt, ialah referendum dan keputusan rakyat Sabah dan Sarawak sendiri yang memilih untuk bersama menubuhkan Malaysia.

“Bagi kita itu sudah muktamad,” tegasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN