Bekas pengawal keselamatan diarah bela diri kes edar dadah - Utusan Malaysia

Bekas pengawal keselamatan diarah bela diri kes edar dadah

gombak setia
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Seorang bekas pengawal keselamatan diarah membela diri oleh Mahkamah Tinggi Seremban di sini hari ini atas pertuduhan mengedar dan memiliki dadah jenis Kanabis, tiga tahun lalu.

Hakim, Datin Rohani Ismail membuat keputusan itu selepas pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh, S. Sivasangaran, 26, di akhir pendakwaan.

Dalam penghakimannya, Rohani berkata mahkamah memutuskan demikian setelah membuat penilaian maksimum serta menimbang hujahan daripada kedua belah pihak.

Berdasarkan pertuduhan, Sivasangaran didakwa mengedar dadah jenis Kanabis seberat 413.3 gram bertempat di tepi jalan Taman Sri Ramai, Rantau kira-kira pukul 1 petang pada 19 Februari 2020.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di bawah Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39B(2) akta sama, yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati.

Dia turut didakwa pada tarikh, masa dan tempat sama memiliki dadah berbahaya jenis Kanabis seberat 9.03 gram.

Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah seksyen yang sama, yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM20,000 atau penjara maksimum lima tahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Ala’uddin Baharom manakala manakala tertuduh diwakili peguam Muhammad Syafiq Stewart Abdullah dan Nur Achinta Ezyana Sufian.

Tarikh bagi prosiding itu ditetapkan pada 28 hingga 30 Ogos depan.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya