Bekas eksekutif akaun tak mengaku pecah amanah hampir RM1j

Bekas eksekutif akaun tak mengaku pecah amanah hampir RM1j

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Bekas eksekutif akaun firma guaman mengaku tidak bersalah atas sembilan pertuduhan pecah amanah wang majikannya yang bernilai hampir RM1 juta, tiga tahun lalu.

Tertuduh, Abu Zarin Haron, 46, membuat pengakuan tersebut ketika didakwa di tiga Mahkamah Sesyen berbeza di sini hari ini.

Mengikut pertuduhan pertama hingga kesembilan, Abu Zarin sebagai eksekutif akaun yang diamanahkan penguasaan ke atas akaun pelanggan firma melakukan pecah amanah dengan mengeluarkan sembilan cek berjumlah RM935,630.40 tanpa pengetahuan majikannya untuk kegunaannya sendiri.

Perbuatan itu dilakukan di premis majikannya di Plaza Permata, Sentul, di sini di antara 4 September 2020 dan 14 Oktober 2021.

Pertuduhan terhadapnya dikemukakan mengikut Seksyen 408 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang setahun dan maksimum 14 tahun, sebat dan denda, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan timbalan-timbalan pendakwa raya, Muhammad Amir Hannif dan Akmalzatul Mohamed Nawi manakala tertuduh diwakili peguam-peguam bela, Kassim Ludin dan Ahmad Fadhli Salleh.

Hakim-hakim, Datuk Anita Harun, Kamarudin Kamsun dan Datin Sabariah Othman menetapkan ikat jamin sebanyak RM50,000 dengan seorang penjamin bagi kesemua pertuduhan berserta syarat tambahan pasport diserahkan ke mahkamah hingga kes selesai.

Mahkamah turut menetapkan sebutan semula kes itu pada 7 Julai ini.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya