PETALING JAYA: Kesemua bekas Ahli Parlimen Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang berpaling tadah selepas memperoleh kemenangan semasa Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) bakal dikenakan tindakan sama seperti Datuk Zuraida Kamaruddin. Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, PKR memulakan tindakan dengan bekas Ahli Parlimen Ampang tersebut dan akan meneruskan kepada pemimpin-pemimpin lain yang bertindak keluar parti. Menurut beliau, PKR mempunyai peluang untuk menang yang cerah kerana fakta kes adalah…










