4 ditahan terlibat penipuan sasar warga Australia

4 ditahan terlibat penipuan sasar warga Australia

ANTARA alatan dipercayai digunakan sindiket penipuan yang mensasarkan warga Australia dalam serbuan di Bukit Bintang, Kuala Lumpur semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Polis menahan empat individu dipercayai terlibat dalam kegiatan penipuan dalam talian yang mensasarkan warga Australia dalam serbuan di kondominum di Bukit Bintang di sini semalam. 

Kesemua suspek warga tempatan yang terdiri daripada dua lelaki dan dua wanita serta berusia 21 hingga 23 tahun ditahan sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Komersial Ibu pejabat Polis Daerah Dang Wangi. 

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohd. Shuhaily Mohd. Zin berkata, kegiatan itu menawarkan perkhidmatan mempromosikan produk melalui Facebook dengan keuntungan tertentu. 

Katanya, setiap mangsa dikenakan yuran keahlian berjumlah 100 dolar Australia (RM308) hingga 1,000 dolar Australia (RM3,086) bergantung kepada tawaran pakej. 

“Bagaimanapun, mangsa tidak menerima bayaran dijanjikan selepas mempromosikan produk tersebut. 

“Siasatan mendapati sindiket mula bergiat aktif sejak Mac lalu. Kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu pejabat Kontinjen Kuala Lumpur di sini hari ini. 

Terdahulu, Mohd. Shuhaily hadir menyaksikan  Majlis Serah Terima Tugas membabitkan Pemangku Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur serta Ketua Cawangan Khas Kuala Lumpur. 

Datuk Abu Samah Mohd. Noor yang memangku jawatan Pemangku Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur menyerahkan tugas tersebut kepada Ketua Jabatan Siasatan Jenayah, Senior Asisten Komisioner Habibi Manjiji. 

Dalam pada itu, jawatan Ketua Cawangan Khas diserahkan kepada Senior Asisten Komisioner Fazlisyam Abd. Majid. -UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.