PETALING JAYA: Kira-kira 3,000 atau lima peratus daripada 60,000 penuntut jurusan kritikal seperti sains, matematik, komputer dan kejuruteraan di universiti awam menukar bidang pengajian kerana mereka tidak mampu menguasai kursus-kursus tersebut. Perkara itu berlaku setiap tahun dan pelajar berkenaan akan memilih memasuki bidang sains sosial, sastera dan kemanusiaan mahupun komunikasi untuk memastikan mereka boleh menamatkan pengajian. Jumlah tersebut mungkin angka terpencil, namun ia boleh memberi kesan jika kes- kes itu…