192 akaun bernilai RM39 juta milik dua taikun dibeku

192 akaun bernilai RM39 juta milik dua taikun dibeku

SPRM menahan tiga individu termasuk seorang pensyarah wanita untuk disiasat berkaitan tuntutan palsu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sebanyak 192 akaun bank bernilai melebih RM39 juta dibekukan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) susulan siasatan dakwaan penyelewengan dana negara berjumlah anggaran RM2.3 bilion.

Kesemua akaun berkenaan membabitkan 157 akaun individu termasuk milik bekas menteri kanan, dua ahli perniagaan bergelar Tan Sri serta ahli keluarga mereka.

SPRM dalam satu kenyataan memberitahu, selain itu, SPRM turut merakam pernyataan dua individu bergelar Tan Sri tersebut selain membuat penggeledahan di kediaman serta premis-premis berkaitan melibatkan bekas menteri kanan dan ahli perniagaan berkenaan, kelmarin.

Kata kenyataan itu, kesemua mereka telah diserahkan notis mengikut Seksyen 36 Akta SPRM 2009 dan Seksyen 44 Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan Dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA 2001) bagi tindakan-tindakan tersebut.

“Beberapa dokumen berkaitan kes juga diperoleh,” kata kenyataan itu.

Pada 16 Februari lalu, Utusan Malaysia melaporkan ‘taikun perniagaan’ terkemuka di negara ini akan dipanggil SPRM dalam masa terdekat bagi membantu siasatan berhubung pendedahan Pandora Papers mengenai dakwaan memiliki akaun, syarikat atau firma pemegang amanah di luar pesisir di luar negara.

Utusan Malaysia juga melaporkan keterangan kesemua mereka akan diambil selepas seorang bekas Menteri telah diambil keterangannya oleh SPRM berhubung pendedahan mengenai kekayaan yang disembunyikan di luar negara hasil daripada syarikat perkhidmatan ‘offshore’ milik beliau dan keluarganya.

Keterangan membabitkan bekas pemimpin berkenaan disyaki diambil bagi menjelaskan aliran dan jejak kewangan membabitkan 12 syarikat offshore miliknya dan keluarga yang disyaki memiliki kekayaan luar biasa.

Pada 19 Mei lalu, SPRM juga dikatakan telah membuka beberapa kertas siasatan membabitkan seorang bekas menteri kanan dan ahli perniagaan bergelar Tan Sri untuk siasatan berkaitan penyelewengan dana negara yang bernilai lebih RM2.3 billion.

Menurut sumber, siasatan dijalankan di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (ASPRM) 2009 dan Akta AMLATFPUAA 2001.

Siasatan itu adalah kesinambungan dan tambahan daripada pendedahan dokumen-dokumen sulit yang dibuat oleh International Consortium of Investigative Journalists (ICIJ) berhubung transaksi-transaksi yang disyaki berlaku di beberapa pusat kewangan luar pesisir.

Tumpuan siasatan adalah berhubung dengan pembelian dan pemilikan saham di sebuah syarikat tersenarai oleh sebuah syarikat gergasi negara yang dikatakan didalangi oleh bekas menteri kanan ini.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.