Wujud segera undang-undang batal pemilikan tanah rizab oleh

Wujud segera undang-undang batal pemilikan tanah rizab oleh bukan Melayu

HISHAMUDDIN HASHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Mana-mana negeri yang masih belum mempunyai undang-undang untuk membatalkan dan melucutkan pemilikan syarikat atau individu bukan Melayu yang memegang tanah rizab perlu segera berbuat demikian bagi melindungi kepentingan dan hak orang Melayu di negara ini.

Setiausaha Agung Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO), Datuk Hishamuddin Hashim berkata, hanya dua negeri iaitu Terengganu dan Selangor yang mempunyai enakmen seumpama itu bagi membolehkan pihak berkuasa negeri melucutkan mana-mana tanah rizab yang dipegang oleh bukan Melayu.

Tambah beliau, cadangan itu pernah diutarakan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan menerusi satu perkeliling yang dikeluarkan pada 2022 berhubung keperluan di peringkat negeri perlu melakukan satu peruntukkan khas bagi membatalkan pelucutan hak tanah rizab Melayu yang dimiliki bukan Melayu.

“Ini bermaksud wujud saranan dan cadangan daripada Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan supaya setiap negeri mewujudkan satu perundangan khas bagi membolehkan melucutkan mana-mana pemilikan atau pegangan berkaitan tanah rizab Melayu,” katanya dalam satu hantaran video yang dimuatnaik dalam aplikasi TikTok hari ini.

Beliau mengulas keputusan Kerajaan Negeri Perak yang menubuhkan jawatan kuasa khas dan melaksanakan beberapa langkah mitigasi berhubung isu tanah rizab Melayu seluas 3,214 hektar di Sitiawan yang dikatakan  berpindah milik kepada bukan Melayu.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, antara langkah awal yang diambil oleh Pejabat Tanah dan Galian dalam isu itu ialah melakukan sekatan dengan memasukkan Kaveat Pendaftar bagi kesemua 3,214 hektar yang terlibat untuk menghalang sebarang transaksi atau pindah milik kepada bukan Melayu.

Menurut Hishamuddin, pihak menyambut keputusan itu dan menegaskan setiap negeri termasuk Perak yang masih belum mewujudkan satu perundangan khas bagi melucutkan mana-mana pemilikan atau pegangan bukan Melayu berkaitan tanah rizab Melayu agar segera berbuat demikian.

Selain itu, beliau mencadangkan agar pihak berkuasa bagi merujuk kes dan mendapat perintah mahkamah bagi membatalkan tanah itu yang dimiliki oleh selain kaum Melayu.

“MHO ingin menarik perhatian bahawa kami bersetuju tindakan untuk kaveat merupakan satu tindakan yang baik, tetapi langkah ini tidak akan menyelesaikan masalah ini. Jadi yang perlu dilakukan adalah membatalkan mana-mana pemilikan bukan Melayu yang memegang tanah rizab dan dipulangkan kembali.

“Jadi mana-mana pemilikan perlu dibatalkan dengan segera, oleh itu MHO mencadangkan pendaftar untuk merujuk kes di mahkamah bagi membatalkan dan mendapatkan perintah untuk membatalkan mana-mana pegangan tanah rizab yang dipegang oleh bukan Melayu,”

Mengulas lanjut berhubung langkah kerajaan Perak menubuhkan jawatankuasa khas dan melaksanakan beberapa langkah mitigasi berhubung isu tanah rizab Melayu pula, Hishamuddin merakamkan ucapan terima kasih kerana bertindak pantas dalam usaha untuk mengembalikan tanah rizab Melayu di Perak.-UTUSAN

HABIS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.