Usul undi tidak percaya boleh dikemuka sebelum 5 Mei

Usul undi tidak percaya boleh dikemuka sebelum 5 Mei

HASSAN KARIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ahli Parlimen pembangkang yang ingin membuat usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri boleh mengemukakannya kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat sebelum 5 Mei ini.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim berkata, hal ini kerana persidangan Dewan Rakyat yang berikutnya akan bermula pada 22 Mei ini.

“Memang tidak dapat dihalang jika ada pihak pihak yang berkomplot untuk jatuhkan kerajaan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Tetapi komplot hanya tinggal komplot sahaja jika tidak ada usul tidak percaya di Dewan Rakyat.

“Usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri Anwar Ibrahim perlu dibuat di dalam Dewan Rakyat bukannya di luar Parlimen.

“Jika blok pembangkang serius dan sungguh-sungguh untuk jatuhkan kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim maka, sila kemukakan kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat usul undi tidak percaya sebelum 05/05/2023,” katanya menerusi Whatsapp, semalam.

Media sebelum ini melaporkan kononnya 10 ahli Parlimen yang sebelum ini menyokong Presiden Bersatu, Tan Sri Muh­yiddin Yassin terbabit dalam komplot menggulingkan kerajaan dan mendakwa mereka ingin meletak jawatan sebagai wakil rakyat bagi memboleh­kan pilihan raya kecil (PRK) diadakan.

Secara dasar, kerajaan pimpinan Anwar kini merupakan kerajaan kuat dan stabil dengan sokongan melebihi dua per tiga iaitu 148 Ahli Parlimen. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN