Undang-undang mesin cetak perlu dilihat semula - Ismail Sabri

Undang-undang mesin cetak perlu dilihat semula -Ismail Sabri

Ismail sabri
Ismail Sabri Yaakob
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Beberapa undang-undang seperti Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 dan seksyen tertentu dalam Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 perlu dilihat kembali untuk memberi ruang kebebasan media.

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, semua pihak harus menerima hakikat bahawa media tidak boleh lagi dikongkong kerana hampir semua mempunyai akses kepada media sosial di mana maklumat mengalir dengan amat pantas.

Beliau menambah, masih ada ruang kebebasan media Malaysia bergerak maju ke hadapan meskipun negara berada di kedudukan tertinggi dalam kalangan negara ASEAN dalam Indeks Kebebasan Akhbar 2022 dikeluarkan oleh NGO antarabangsa, Reporters Without Borders.

“Beberapa undang-undang seperti Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 dan seksyen-seksyen tertentu Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 perlu dilihat kembali. Kita harus menerima hakikat bahawa media tidak boleh lagi dikongkong kerana hampir semua mempunyai akses kepada media sosial di mana maklumat mengalir dengan amat pantas.

“Saya percaya pengamal media memiliki ‘self-censorship’ (penapisan diri) dalam isu-isu sensitif demi memastikan keamanan negara. Semoga media terus kekal bebas dan tidak dipengaruhi oleh mana-mana pihak dalam membuat laporan,” katanya dalam hantaran Facebook beliau.

Mengulas Indeks Kebebasan Akhbar 2022, Ismail Sabri memberitahu, kejayaan Malaysia berada di kedudukan tertinggi dalam kalangan negara ASEAN dalam Indeks Kebebasan Akhbar 2022 dipacu ketika negara di bawah pentadbiran Kerajaan Keluarga Malaysia.

Beliau sewaktu merasmikan Hari Wartawan Nasional (Hawana) 2022 pernah menegaskan bahawa profesion kewartawanan perlu kekal bebas dan berfungsi tanpa gangguan serta campur tangan pihak lain demi menjamin kebebasan bersuara di negara ini.

“Pengamal media adalah mata dan telinga untuk kerajaan agar pihak berkuasa yang terlibat boleh mengambil tindakan sewajarnya,” katanya. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya