UMNO-BN sukar ulangi pencapaian di Johor, Melaka

UMNO-BN sukar ulangi pencapaian di Johor, Melaka

KEMENANGAN besar Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Negeri di Johor dan Melaka tidak boleh dijadikan sandaran untuk menang PRN di enam lagi negeri tidak lama lagi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ARAU: UMNO dan Barisan Nasio­nal (BN) dilihat sukar mengulangi pencapaian cemerlang di Melaka dan Johor sebelum ini, sebaliknya berisiko tewas di semua kerusi khususnya di Kedah, Kelantan dan Terengganu dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) negeri.

Keadaan ketika UMNO menang besar dalam PRN di Johor dan Me­laka sebelum ini sudah tidak sama dengan situasi semasa dengan ketika ini parti tersebut semakin hilang sokongan rakyat khususnya orang Melayu.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, pemerhati politik yang juga pensyarah Jabatan Bahasa dan Pengajian Umum, Fakulti Perniagaan dan Komunikasi, Universiti Malaysia Perlis (Unimap), Muhammad Izmer Yusof berkata, ketika menang di Melaka dan Johor, UMNO masih tidak berpecah-belah selain sentimen sokongan Melayu masih kuat.

NAJIB

Malah, katanya, imej dan aura bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak juga banyak membantu UMNO pada masa itu.

“UMNO hendak hadapi PRN akan datang ini sudah tidak sama seperti sebelum ini. Ketika ini, UMNO sudah berpecah di mana ramai pemimpin berpengaruh se­perti Khairy Jamaluddin antaranya juga sudah tidak ada.

“Selain itu, PRN akan datang ini juga menyaksikan UMNO bukan lagi sebagai BN yang dominan sebaliknya UMNO-PH (Pakatan Harapan). Kalau dulu, UMNO atau BN mungkin boleh bertanding 100 peratus kerusi namun ketika ini perlu diagih sama rata dengan parti-parti komponen PH dan ia bukan mudah.

SOKONGAN

“Pada masa ini, sememangnya tidak nampak UMNO mempunyai kekuatan untuk menang terutama dalam mengembalikan semula sokongan orang Melayu terhadap parti itu.

“Kalau ikut statistik dan sokongan semasa, UMNO mungkin ‘bungkus’ semua kerusi khususnya di negeri-negeri majoriti Melayu seperti Kedah, Kelantan dan Terengganu. PH pula tidak kuat di negeri-negeri tersebut,” katanya.

Dalam PRN Johor Mac tahun lalu, BN mencatat kemenangan besar dengan memperoleh majoriti mudah setelah memenangi 40 da­ripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

Sebelum itu, pada November 2021, BN juga menang bergaya dengan memperoleh majoriti dua pertiga kerusi DUN dalam PRN di Melaka apabila menang 21 daripada 28 kerusi DUN.

beliau berkata, UMNO perlu tampil dengan strategi lebih komprehensif bersama PH sebagai kerajaan jika ingin menang PRN.

“Ia haruslah strategi bersama BN-PH dengan naratif kerajaan perpaduan yang kukuh untuk menarik sokongan rakyat,’’ katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×