UMNO akui tugas sukar 'pujuk' ahli terima Dap

UMNO akui tugas sukar ‘pujuk’ ahli terima Dap

AHMAD Zahid Hamidi menyampaikan ucapan semasa menghadiri Majlis Mesra Aidilfitri Felcra Berhad di Pekarangan Maahad Tahfiz Yaakubiah, Bukit Tui, Machang, Kelantan hari ini-UTUSAN/ROSMIZAN RESDI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MACHANG: UMNO mendedahkan parti itu berdepan tugas sukar untuk ‘memujuk’ ahlinya menerima kehadiran Dap sebagai rakan sekutu yang membentuk kerjasama diperingkat persekutuan menerusi Kerajaan Perpaduan dibawah pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Presidennya Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, pihaknya bersedia untuk bertemu dan menyantuni kumpulan berkenaan bagi memberi penerangan berkait dengan kerjasama antara UMNO dengan parti berkenaan.

Menurutnya, perspektif negatif dan bersifat kebencian yang ditanam oleh kepimpinan terdahulu sukar untuk dikikis.

“Dulu pengundi Barisan Nasional (BN) memberi sokongan kepada calon MCA dan MIC. Untuk itu, kita akan gunakan keadah yang sama bukan atas nama parti, tetapi atas rasa kebersamaan dalam Kerajaan Perpaduan. 

“Lebih dua dekad kebencian penyokong terhadap sesuatu kumpulan telah ditanam dan tempoh itu bukan mudah untuk dirungkaikan,” katanya kepada pemberita semasa menghadiri Majlis Mesra Aidilfitri Felcra Berhad di Pekarangan Maahad Tahfiz Yaakubiah, Bukit Tui, di sini hari ini.

Utusan Malaysia semalam melaporkan, pengundi UMNO perlu memilih calon daripada kerajaan perpaduan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) tanpa mengira calon tersebut daripada parti mana termasuk Dap 

Menjelaskan perkara itu, Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT), Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, ini kerana meskipun calon yang bertanding  daripada Dap, namun ia mewakili gabungan kerajaan perpaduan dan harus diterima susulan perubahan politik ketika ini. 

“Bila sudah berada dalam kerajaan perpaduan maka kita hendaklah ikut disiplin parti memastikan arahan parti dituruti. Memang undi rahsia, tetapi gesaan saya bukan atas nama Dap, tetapi atas nama kerajaan perpaduan, titah Yang di-Pertuan Agong, apabila negara tergantung, kita perlu akur dan setia pada titah sentimen-sentimen yang ada. 

“Kita hendaklah tinggalkan sentimen peribadi kerana dinamik politik hebat, apa yang berlaku sudah berlaku, ia adalah kerana kestabilan,” ujarnya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya