Tiada aduan harga ikan naik di Negeri Sembilan - Utusan Malaysia

Tiada aduan harga ikan naik di Negeri Sembilan

S. Veerapan meninjau harga barangan sempena Majlis Pelancaran Kempen Jualan Rahmah Bersama Econsave, di pasar raya Econsave Tampin hari ini.-UTUSAN/NOR AINNA HAMZAH.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAMPIN: Tiada berlaku kenaikan harga ikan di negeri ini malah masih belum sebarang aduan diterima daripada orang ramai oleh pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDN) Negeri Sembilan mengenai perkara tersebut.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kesihatan, Alam Sekitar, Koperasi dan Kepenggunaan negeri, S. Veerapan berkata, hasil pemantauan anggota penguat kuasa KPDN juga mendapati bekalan ikan di negeri ini berada dalam keadaan stabil.

“Pihak KPDN sentiasa melaksanakan pemantauan di premis jualan termasuk pasar awam dan hasil setakat ini mendapati tiada kenaikan harga ikan di pasaran di negeri ini.

“Bekalan ikan juga memang stabil, harga juga stabil, tiada kenaikan dikesan, tiada isu. Pemantauan dilakukan dari semasa ke semasa namun jika berlaku situasi itu, orang ramai boleh buat aduan kepada KPDN,” katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan Majlis Pelancaran Kempen Jualan Rahmah Econsave di pasar raya Econsave Tampin, di sini, hari ini.

Baru-baru ini Timbalan Presiden Persatuan Pembekal Ikan Malaysia, Tai Wai Sun dilaporkan berkata, harga ikan dijangka meningkat dalam waktu terdekat ini ekoran kurang nelayan keluar ke laut untuk menangkap ikan susulan langkah kerajaan mengurangkan subsidi diesel sejak awal tahun ini.

Sementara itu, Veerapan berkata, orang ramai boleh merebut peluang mendapat potongan harga sehingga 50 peratus bagi 16 jenis barangan mentah dan keperluan harian terpilih sempena Jualan Rahmah Econsave Negeri Sembilan yang diadakan selama tiga hari sehingga Ahad ini.

Menurutnya, sebanyak enam buah cawangan pasar raya Econsave menyertai Jualan Rahmah itu iaitu di Forest Heights di Seremban; Lukut dan Port Dickson; Kuala Pilah, Bahau dan di Tampin.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya