Teruja lihat keunikan Rumah Bugis

Teruja lihat keunikan Rumah Bugis

SEBUAH keluarga bergambar di hadapan Rumah Seri Saleiwangen di Kampung Sungai Kuali, Serkat, Pontian, Johor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PONTIAN: Rumah Bugis atau lebih dikenali sebagai Rumah Seri Saleiwangen di Kampung Sungai Kuali, Serkat dekat sini sering menerima kunjungan tetamu yang teruja melihat seni bina masyarakat Bugis.

Menurut pemiliknya, Abd. Hadi Ambok Intang, 53, selain ahli keluarga dan saudara mara, ada juga pelawat yang singgah semasa berhari raya.

Dia dan ibunya, Indok Chichuk Daing Hadadek, 78, sedia menerima sesiapa sahaja tetamu yang datang ke rumah sempena hari raya, sama ada yang jauh mahupun dekat.

Lebih mesra dipanggil Cikgu Hadi, tetamu yang singgah untuk melihat lebih dekat rumah yang dibina semula pada 2010 dengan kos RM2.5 juta.

“Rumah yang dibina pada 1935 terpaksa dirobohkan disebabkan bahagian bawahnya dimakan anai-anai selain me­ngekalkan reka bentuk asal,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Dia membina semula rumah tersebut bagi memastikannya terus terpelihara dan dapat dilihat oleh generasi akan datang serta sebagai satu tarikan pelancongan di Tanjung Piai.

“Dengan siapnya jambatan Sungai Pulai dari Johor Bahru (Gelang Patah) ke Pontian (Serkat) akan memberikan banyak tarikan tambahan selain Taman Negara Tanjung Piai yang merupakan titik paling selatan Benua Asia,” katanya.

Indok memberitahu, Rumah Sri Saleiwangen yang bermaksud sejahtera itu hampir keseluruhannya dibina tanpa paku dan menggunakan kayu belian.

Katanya, kaedah ‘memasak’ dianggap masyarakat Bugis akan membuatkan sesuatu binaan lebih kukuh serta dibina tinggi kerana mereka akan meletakkan peralatan padi dan tenun di bawah rumah, selain bertujuan mengelakkan banjir.

Ciri-ciri khas seni bina Rumah Bugis ialah terdapat tebar layar bertingkat yang dapat dilihat pada bahagian bumbungnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN