Perancis mara ke separuh akhir Piala Dunia 2026

Perancis mara ke separuh akhir Piala Dunia 2026

PEMAIN Perancis meraikan kejayaan mereka bersama penyokong selepas mara ke peringkat separuh akhir Piala Dunia 2026 dengan kejayaan menewaskan Maghribi 2-0 di Stadium Boston, semalam. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

FOXBOROUGH: Perancis mengesahkan slot ke peringkat separuh akhir Piala Dunia 2026 selepas berjaya menumbangkan Maghribi 2-0 dalam aksi suku akhir kejohanan di Stadium Boston, semalam.

Kemenangan itu menyaksikan skuad Les Bleus tidak berdepan masalah besar untuk meneruskan momentum pemburuan gelaran juara selepas mempamerkan aksi kemas sepanjang perlawanan.

Kylian Mbappe

Perancis mendapat gol pertama mereka menerusi Kylian Mbappe yang memecah kebuntuan pada minit ke-60 menerusi satu rembatan deras yang gagal diselamatkan penjaga gol Maghribi, Yassine Bounou.

Pemain Maghribi jelas kelihatan kecewa selepas tersingkir daripada saingan Piala Dunia 2026. – AFP

Tersentak dengan gol tersebut, Maghribi cuba bangkit mengatur serangan, namun Ousmane Dembele memastikan kemenangan mutlak Perancis apabila meledak gol kedua hanya enam minit kemudian.

Keputusan 2-0 itu kekal sehingga tamat perlawanan, sekali gus melayakkan anak buah kendalian Didier Deschamps menempah pertemuan di pusingan empat terakhir menentang sama ada Sepanyol atau Belgium. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN