Tercabut akibat ribut : DBKL pasang dinding sementara

Tercabut akibat ribut: DBKL pasang dinding sementara

BEBERAPA pekerja DBKL memasang dinding memasang dinding sementara di sebuah rumah di Flat Perumahan Awam Loke Yew yang tercabut susulan hujan lebat beserta ribut yang berlaku di sekitar ibu negara semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA:  Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bertindak memasang dinding sementara di sebuah rumah di Flat Perumahan Awam Loke Yew yang tercabut susulan hujan lebat beserta ribut yang berlaku di sekitar ibu negara semalam.

DBKL dalam satu kenyataan berkata, kawasan runtuhan dinding berkenaan juga ditutup bagi mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku.

Kata kenyataan itu, pihak DBKL mengambil tindakan segera dengan menutup dan memagar kawasan sisa dinding runtuhan menggunakan zebra atau hazard tape.

“Dinding sementara telah dipasang di rumah terlibat sebelum kerja-kerja baik pulih dinding dilaksanakan dalam tempoh terdekat,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Selain itu, DBKL berkata, kejadian ribut itu juga turut menyebabkan bumbung blok tercabut melibatkan empat buah rumah di Blok 3, Perumahan Awam Seri Johor.

DBKL mengambil tindakan segera dengan menutup kawasan tapak sisa runtuhan bumbung tersebut.

“Kerja-kerja pemasangan kanvas sementara dilakukan di bumbung unit terlibat sebelum kerja-kerja baik pulih bumbung dilaksanakan dalam tempoh terdekat.

“Bekalan elektrik di unit terlibat juga telah diputuskan bagi tujuan keselamatan,” jelasnya.

DBKL memaklumkan, penghuni yang terlibat telah berpindah ke rumah saudara-mara di kawasan berhampiran dan tiada pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka buat masa ini.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya