Suhu negara pada tahap neutral

Suhu negara pada tahap neutral

DATARAN Putrajaya tetap dikunjungi pengunjung sempena cuti sekolah dan keadaan cuaca dikatakan kembali seperti biasa. -UTUSAN/AMIR KHALID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Keadaan cuaca panas negara belum melepasi tahap gelombang haba maksimum di mana keadaan suhu adalah terlampau tinggi.

Pakar Meteorologi Universiti Malaya (UM), Prof Datuk Dr Azizan Abu Samah berkata, suhu negara pada masa kini masih bersifat neutral walaupun terdapat kawasan yang mencapai suhu 37 darjah Celsius.

Katanya, setakat ini masih belum ada tanda-tanda awal yang menunjukkan fenomena El-Nino yang dijangka berlaku pada pertengahan tahun ini.

“Namun, ketika berlaku El-Nino, ia juga akan membawa gelombang haba dengan suhu yang agak panas dan mungkin berpanjangan.

“Berbeza dengan gelombang haba yang berlaku di sesetengah tempat dalam negara masa sekarang, ia cuma berlaku dalam tempoh beberapa hari sahaja dan suhu akan normal semula,” kata beliau ketika dihubungi Utusan Malaysia semalam.

Dalam pada itu, beliau berkata, kerugian yang dialami oleh cuaca panas melampau tidak akan teruk sebagaimana kemusnahan yang berlaku ketika musim tengkujuh.

Jelas beliau, kerosakan yang berlaku pada musim tengkujuh pada sebelum ini hampir menjejaskan semua sektor.

“Ketika berlaku musim tengkujuh yang akan menjurus kepada berlakunya tanah runtuh dan banjir kilat, sudahnya pasti ada sahaja mangsa korban yang tinggi, seperti yang berlaku di kejadian Batang Kali sebelum ini.

“Selain itu, harta benda juga turut musnah dan mangsa me­ngalami kerugian dan jika hendak dibandingkan suhu cuaca panas ekstrim dalam negara ketika ini hanya meragut dua nyawa kanak-kanak akibat strok haba,” katanya

Sementara itu, berdasarkan kemas kini status cuaca panas yang dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) petang semalam melaporkan dua kawasan sahaja yang berada di tahap 1 (berjaga-jaga).

Kawasan yang dimaksudkan ialah Bentong, Pahang dan Betong, Sarawak dengan ramalan suhu harian adalah pada 35 darjah Celsius sehingga 37 darjah Celsius.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.