Seorang maut, enam cedera Proton Exora terbalik - Utusan Malaysia

Seorang maut, enam cedera Proton Exora terbalik

KEADAAN Proton Exora yang terbabas lalu terbalik di Lebuhraya Senai-Desaru yang mengakibatkan seorang maut dan enam cedera.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Seorang lelaki maut, manakala enam yang lain cedera apabila kenderaan pelbagai guna (MPV) yang dinaiki hilang kawalan lalu terbabas di Kilometer 43.2, Lebuhraya Senai-Desaru, di sini.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pasir Gudang, Pegawai Bomba Kanan II Mohd. Subri Md. Isa berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan tentang kemalangan itu pada pukul 4.24 petang semalam.

Seramai 10 anggota dibantu sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT) dan sebuah pacuan empat roda Toyota Hilux dikejarkan ke tempat kejadian melibatkan Proton Exora dinaiki sembilan orang itu dari arah Cahaya Baru ke Bandar Penawar, Kota Tinggi.

“Apabila tiba di lokasi kejadian, kenderaan itu dipercayai hilang kawalan lalu terbabas ke tepi jalan sebelum terbalik.

“Kemalangan itu menyebabkan seorang mangsa, P.R. Rajeshwaran, 33, tersepit di bahagian bawah kereta. Pihak bomba mengeluarkan mangsa menggunakan peralatan khas,  namun dia disahkan

telah meninggal dunia oleh pegawai perubatan yang hadir di tempat kejadian,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Mohd. Subri berkata, dalam kejadian itu, seorang lelaki dan lima wanita berusia antara 15 sehingga 53 tahun cedera, manakala dua lagi mangsa termasuk seorang kanak-kanak lelaki tidak mengalami sebarang kecederaan.

Pihak bomba memberikan rawatan awal kepada semua mangsa yang cedera.

“Kita tidak pasti hubungan mereka kerana semasa kejadian tiga mangsa tidak membawa kad pengenalan,” katanya sambil memberitahu, operasi menyelamat ditamatkan pada pukul 5.35 petang. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.