Sarawak mahu kerajaan persekutuan beri peruntukan adil

Sarawak mahu kerajaan persekutuan peruntukan adil bagi industri pelancongan

ABDUL Karim Rahman Hamzah (duduk tengah) dalam sidang akhbar selepas menyampaikan ucapan penggulungan Kementeriannya pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUCHING: Kementerian Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak menyatakan peruntukan Kerajaan Persekutuan bagi industri pelancongan di Sarawak tidak mampu menampung keperluan industri di negeri itu.

Justeru itu, Menterinya Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah menggesa agar di peringkat pusat membuat pertimbangan semula dalam memberi peruntukan yang lebih besar khusus buat industri pelancongan di Sarawak.

Abdul Karim turut menegaskan perkara tersebut perlu diambil kira memandangkan Sarawak turut menyumbang kepada kutipan hasil negara daripada sektor pelancongan.

“Kita juga mahu pengagihan peruntukan yang sama rata. Jika Melaka, contohnya boleh diberikan beberapa ratus juta untuk sebuah negeri yang kecil untuk pembangunan pelancongan mereka, Sarawak juga mempunyai lebih banyak kemudahan yang perlu dinaik taraf juga, jadi berlaku adil lah pada bahagian peruntukkan itu.

“Selain itu pertimbangan juga perlu dilihat daripada sumbangan Sarawak berbanding negeri-negeri lain, berapa banyak yang telah Sarawak sumbangkan kepada ekonomi negara dan diperingkat pusat. Maka dari situ seharusnya beberapa pertimbangan perlu diambil untuk memberi peruntukan yang lebih sedikit kepada mereka ataupun bagi balik secukupnya daripada semua aspek prasarana, pelancongan dan lain-lain- lain,” tegasnya

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas menyampaikan ucapan penggulungan Kementeriannya pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak di sini, hari ini.

Sehingga ke hari ini, kerajaan persekutuan telah memperuntukan RM18,523 juta bagi industri pelancongan di Sarawak melalui Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) Malaysia

Bagaimanapun, Abdul Karim tidak menafikan perkara tersebut telah berlaku bertahun-tahun. Namun Sarawak hanya tidak mahu menjadikan ia sebagai isu dan kemudiannya melambatkan pembangunan industri pelancongan di Sarawak.

“Sudah bertahun-tahun lama perkara seperti ini berlaku, tetapi untuk kita merungut terlalu banyak mungkin industri pelancongan di Sarawak akan bergerak, justeru itu kita banyak bergerak secara sendiri.

“Malah, apabila kita pergi ke luar negara untuk promosikan destinasi pelancongan Sarawak, kita tidak boleh terlalu bergantung kepada MOTAC sahaja, kerana kita faham kita mempunyai 14 buah negeri untuk dipromosikan ke negara luar dan kapasiti tiu agak terhad,” jelasnya.

Sementara itu, Abdul Karim yang juga merupakan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak mendedahkan sudah mengenalpasti lapan (8) bahagian bagi lokasi penganjuran pelbagai acara Sukan Malaysia (SUKMA).

“Kita telah mengenal pasti lokasi bagi setiap penganjuran sukan di daerah dan bahagian di Sarawak, dan juga kenal pasti fasiliti yang akan digunakan. Contohnya Sri Aman, kita telah mengenal pasti bagi penganjuran indoor stadium bagi penganjurannya.

“Apabila kita sudah mendapatkan senarai bagi beberapa acara sukan yang akan dianjurkan, kita akan memaklumkan kerana kita juga perlu dapatkan kelulusan daripada Kuala Lumpur (Kementerian Belia dan Sukan) kerana kita tidak boleh membuat keputusan sendiri,” katanya.

Untuk rekod, antara lapan bahagian yang telah dikenalpasti ialah Kuching, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sibu, Mukah, Bintulu dan Miri.

Antara sukan yang berpotensi tinggi untuk memenangi emas Sarawak ialah tenpin boling, renang, olahraga, taekwondo, silat, menembak, memanah, tenis padang, bola tampar, skuasy, terjun, muaythai, gimnastik, golf, angkat berat, pingpong, wushu, judo, ragbi, bowling rumput, tinju, petanque, e-sukan, berbasikal dan sepak takraw.- utusan

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya