SEGAMAT: Seorang nenek bersama cucunya menjadi antara puluhan ribuan jemaah yang bertuah mendapat panggilan menunaikan haji pada tahun ini. Ibu kepada Ahmad Akmal Mohd. Zam, 26, Miswati Abas berkata, anak lelakinya itu mendapat panggilan terlebih dahulu pada Mac lalu berbanding neneknya, Shapiah Janit, 66. “Anak saya menerima tawaran pada 23 Mac lalu menerusi aplikasi THiJARI dan panggilan telefon daripada Lembaga Tabung Haji (TH), manakala ibu saya telah membuat permohonan rayuan…










