Remaja tunggang motosikal ala 'Superman' ditahan - Utusan Malaysia

Remaja tunggang motosikal ala ‘Superman’ ditahan

SEORANG remaja yang melakukan aksi seperti Superman ketika menunggang motosikal di Jalan Lingkaran Tengah, Taman Perdana ditahan polis.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLUANG: Seorang remaja yang menunggang motosikal dengan melakukan aksi seperti ‘Superman’ ditahan polis tengah hari tadi. 

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd. Noh berkata, remaja berusia 17 tahun itu ditahan di rumahnya di Taman Kluang Barat, dekat sini pukul 12.40 tengah hari. 

Sebelum itu, polis menerima kiriman video menunjukkan dua penunggang motosikal melakukan aksi dengan meluruskan kaki di atas motosikal ala Superman dipercayai di Jalan Lingkaran Tengah, Taman Kluang Perdana.

“Berikutan itu, pihak polis telah pergi ke rumah remaja berkenaan dan mendapati motosikal yang digunakan ada di hadapan kediamannya. 

” Hasil siasatan mendapati remaja berkenaan mengaku melakukan aksi dimaksudkan pada hari kejadian dan ditahan di bawah Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya dalam satu kenyataan, di sini.

Tindakan remaja berkenaan boleh membahayakan diri serta pengguna jalan raya yang lain, katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya